aku hanyalah insan yang lemah
tingginya iman itu bukan manusia sesama manusia yang dapat menilai keimanan sesorang
kita tidak berhak sama sekali melainkan Dia
iman boleh bertambah sekiranya individu menzahirkan amar makruf nahi munkar
iman boleh terhakis sekiranya individu melempiaskan fe'li dengan dorongan hawa nafsu semata2
kemanisan iman hanya akan terasa jika beristiqamah menjadi hamba yang syumul kepada Nya
pada zaman yang serba moden kini
tidak sedarkah kita bahawa manusia semakin berfikiran seperti umat pada zaman jahiliah ?
renungkan2lah~
tidak mahu empunya blog ini menyatakan satu2
manusia ada akal dan fikiran
boleh menilai hak dan batil
jangan pula kita mendabik dada berbangga dengan kemungkaran
sebanyak manakah maksiat yang pernah dilakukan ??
malah setinggi mana pula ibadat kita selama kita bernafas ??
empunya badan sahaja yang boleh menjawab persoalan itu
jangan pula yang lain menimbulkan fitnah yang boleh membawa kemurkaan Allah
tidak ada satu pun hadis menyatakan bermusuh2an sesama manusia
melainkan perang jihad dengan syarat
1.mempertahankan agama islam
2.sekiranya keselamatan terancam
3.menjaga harata benda
itulah perang yang diredai Allah
tetapi sebaliknya kita sering lihat di dada akhbar mahupun dikaca tv
tentang kekejaman manusia seperti
pembunuhan berprofil tinggi
malah isu yang tak asing lagi ialah kes pembuangan bayi
di terengganu statistik mencatatkan peratus tertinggi majoritinya golongan melayu
sebanyak 623 anak luar nikah direkodkan sepanjang tempoh 2010
tanpa perikemanusiaan bayi itu dibuang ke "destinasi pilihan"
iaitu tong sampah
golongan yang tak berhati perut ini wajar diklasifikasikan sebagai binatang
setelah melempiaskan nafsu syahwat ditinggalkan saja bayi itu
kalau lah bayi itu boleh bercakap
mahu tak terkejut hamba Allah yang tak bertanggungjawab itu
"ibu..jangan tinggalkan adik sorang2 kat sisni.. ibu tak sayangkan adik ?? anak ibu ??"
hati ibu mana yang tak tersentuh dengan rintihan dan rayuan itu
namun permainan dunia terpaksa diakur
manusia semakin berfikiran jumud dan kedangkalan ilmu agama
malah lain pula bagi mereka yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama
bijak berhujah mengenai agama
tetapi mereka sengaja butakan hati dan bodohkan akal fikiran yang matang
berbangga mengaku melakukan maksiat sana sini
di mana ilmu agama yang dicampakkan ??
atau sekadar tangkap muat sahaja ilmu agama
masuk telinga kanan keluar telinga kiri
belajar ilmu agama tinggi2 tapi tak diaplikasikan dalam kehidupan
kasihan benar
aku amat segan dan hina sekali sekiranya tergolong dalam manusia munafik
yang mengaku beriman tetapi menzahirkan kemungkaran..
mudah2an aku sentiasa terpelihara daripada kemungkaran
gejala ikhtilath (percampuran lelaki dan perempuan)
semakin berleluasa kini
dari dulu lagi sebenarnya,,
seperti sudah jemu mendengar dan melihat hal ini bukan ??
sedarkah kalian sekiranya dengan sengaja bersentuhan dengan orang ajnabi
akan dilaknat oleh malaikat dan syaitan dengan gembiranya menghampiri
maka tercetusnya dorongan syahwat yang membawa kepada perbuatan terkutuk zina !!
Astaghfirullah~
segeralah insaf
Allah bersifat ar-rahim (penyayang) kepada hambanya
walau setinggi gunung Everest pun dosa orang itu tetap akn diampunkan
sekiranya beriltizam enggan melakukannya lagi
Subhanallah~
begitu mulianya agama islam yakni agama sejahtera dan universal ini
aku hanyalah insan yang lemah
sebagai manusia biasa punya hati dan perasaan
sensitiviti merupakan kelemahan dan musuh utamaku
namun musuh inilah yang mengajar dan mengingatkan aku
agar sensitif terhadap maksiat, ego kepada kemungkaran
Alhamdulillah~
Allah masih memeliharaku daripada terjebak ke lembah kemungkaran
langkah demi langkah untuk meneruskan kehidupan
tetapi aku masih merangkak dalm mengecap manisnya iman dan indahnya islam
aku hanyalah insan biasa
tiada darjat, pangkat, mahupun kebijaksanaan luar biasa
sekadar menantikan ketenangan hidup dan keredaanNya
bimbinglah hamba2mu ya Allah
yang masih terkapai2 dalam mendalami islam
agar segera kembali ke pangkal jalan iaitu
menjadi umat mukmin yang cemerlang
bukan sekadar atas nama muslim di ic saja
aku hanyalah insan yang lemah
dan bukan manusia bersifat maksum
luahan hati ingin dikongsi untuk bersama2 muhasabah diri
Liina Lin ** berharapkan ketenangan~
mampu ke aku nak dapatkan kebahagiaan
~BERSERAH~
mampu ke aku nak dapatkan kebahagiaan
~BERSERAH~
No comments:
Post a Comment