Monday, March 21, 2011

Hari ini dan semalam

semalam..
selalu benar tawa memecah suasana..
tiada apa yang dikhuatirkan..
langkah demi langkah aku jalani dengan keyakinan..
aku bina tiang bahagiaku agar aku berdiri di atasnya..
amat tinggi sekali..
aku berada di puncak tertinggi agar aku bisa meneroka dunia baru..
sedikit alpa dengan mainan dunia..
lamunan hanyut dibanjiri riang..

kemudian aku tersentak..
teguran dan informasi yang baru sedikit banyak  menghancurkan hati..
punah.. ! runtuh.. !
dan robohnya tiang bahagia itu..
aku terjatuh dan dihempap bebanan yang mencalar tubuhku..
aku cuba bangkit tapi lemah dengan aura tangisan yang mendatang..
dan bermula lah ceritera seperti dalam filem..
hari ini..
aku cuba mengerti yang tersurat dan tersirat..
walaupun menggugat jiwa tapi harus aku tempuhi..
kini aku berada di titian yang penuh kaca dan duri..
sedikit goyah hati ini..
ku pejamkan mata dan genggam erat secebis harapan..
aku lalui juga titian mencabar ini..
aduhh...
hampir lunyai kudratku harunginya..

tiba2 gelap seketika..
terpinga2 dalam kebenaran yang nyata..
akhirnya aku diam seribu makna..
makna yang perlu aku jelaskan..
iaitu strategi yang perlu aku rancang untuk bahagia semula..
meskipun dalam gelap gelita..
harapan baru ku cipta
untuk menemukan cahaya yang bakal menyinar...

Liina Lin ** semangat yang cuba aku kumpulkan...

No comments: