aku berlari ke arah garisan penamat..
hairan..
tak ku sampai ke situ malah semakin jauh..
apa aku sedang berundur ke belakang ??
tapi aku tetap berlari dan terus berlari meskipun penuh onak dan duri..
hairan..
semakin sempit laluan jalan ini..
larian ku amat berat seolah2 ada yang meyekat kaki ini untuk berlari
apa tubuh aku semakin membesar ??
tak mungkin lah.. berat badan ku menurun ada lah..
wah..
baru ku sedar..
perjalanan ini masih panjang untuk aku tempuhi..
begitu jauh sekali untuk aku mencapai ke garisan penamat..
panas teriknya mentari membuatkan aku dahaga..
dahagakan kasih sayang..
dan lapar juga..
lapar untuk menikmati sebuah kebahagiaan..
bagaimana harusku bertahan jika tiada 2 elemen penting ini ??
ibarat musafir di padang pasir yang tandus..
terkulai2 badan menerokai keperitan perjalanan yang masih jauh ini..
yang pastinya aku tempuhi sendirian..
mengharapkan bantuan namun hampa memakan diri..
aku harus bertahan..
ya..
tapi sampai bila ??
persoalan yang mungkin tiada jawapan nya..
perjalanan yang jauh ini aku lewati jua..
amat jauh untuk melihatnya..
peluang amat tipis untuk bersua hanya kerana perkataan jauh ini..
yang pernah menyeksa kudrat ku dan kini aku sedari semakin lemah untuk bertenaga semula...
Liina Lin ** jauhnya perjalanan ini membuatkan aku terkilan selalu..
No comments:
Post a Comment