Thursday, March 17, 2011

sahabat

ikatan persaudaraan telah terjalin mesra..
kedengaran selalu keriangan tawa..
memori yang diwujudkan terpalit di minda..
namun sekarang tiada gunanya..
meskipun aku cuba mengimbau kenangan.. tetap akan lupus..
segala kegembiraan seolah2 hangus..
akibat daripada nafsu amarah manusia yang rakus..
perasaan sayang kini tiada lagi dalam kamus..
seringkali ku cuba leraikan masalah..
namun segala ungkapan hanya membawa padah..
tiada yang mengerti malah berpaling tadah..
membuatkan kudratku semakin lemah..

buat mereka yang bergelar sahabat..
ku mohon agar semua memori indah digenggam erat..
aku hanya ingin lepas daripada belenggu yang menjerat..
kerana beban yang ditanggung semakin memberat..
dengarkan luahan hati yanh mengemis untuk dimengerti..
bukan meruntun untuk dikasihani..
berharap cerita tentang kita tidak akan basi..
selama2nya akan abadi..
setiap doaku hulurkan agar kalian tenang..
meskipun air mataku kian bergelumang..
kerana masih berbaki perasaan sayang..
dan tidak mungkin aku akan pulang..

jauh di sudut hati aku mengerti akan kekurangan diri..
kerana itu aku sedar dan layak dicaci..
tapi mengapa semakin ramai yang membenci..
kemelut yang melanda semakin sukar dikoreksi..
dalam tidak sedar aku semakin dipinggirkan..
seolah2 aku hanyalah halimunan..
terima kasih ku ucapkan..
kerana kalian berlaku sedemikian..
coretan hati buat mereka yang mengerti..
dan juga buat mereka yang membenci..
jalan nya hidup harus juga ku lewati
yang masih dilingkari hampa di tahap infiniti..

                              
Liina Lin ** kadang aku tertawa.. sgat senang hati ini..
dan saat itu harapan mulai menjelma..
harapan utk bahagia semula..
meskipun angan2 ini tak mungkin aku kecapi..
tak mengapa lah biarkan aku bahagia sejenak..
mungkin perihnya hati seakan tidak bermakna..
dunia berteriak dan menyalahkanku atas apa yang berlaku..
cuma doaku saja ku hulurkan sebagai tanda meminta maaf
buat mereka yang terluka..
meskipun tiada yang menyambut maafku..
itu yang ku termampu....

No comments: