konklusi membawa aku kepada sebuah solusi..
aku tekad dan nekad akan melangkah pergi sejauh mungkin..
langkah kaki ini tak akan berundur..
aku masih dalam kecelaruan hakikat..
dan sebab itu aku enggan membuka luas pintu hati..
waktu juga akan memimpin aku agar tabah melewati titian dugaan..
dengan kalimah yang berpaksikan tiang agama
mampu mengukuhkan benteng kekuatan diri..
sekali gus membangkitkan aku daripada lalai mengejar duniawi..
perasaan yang tiada berbelah bahagi akan tetap tersimpan rapi..
meskipun tak mungkin aku miliki..
namun aku senang dengan takdir ini..
teka teki terhadap perilaku tiada lagi mendominasi akal..
kini hanya menumpukan kepada pertalian darah
bagai air yang dicincang tak akan putus..
jasa dan bakti akan ku taburkan untuk yang berhak memilikinya..
iaitu kedua orang tuaku..
merekalah insan yang paling tepat untuk aku anugerahkan
segala hasil titik peluhku..
walaupun aku kelihatan kaku dan keras..
namun dalam diri ini ada kelembutan dan kekentalan hati
yang cuba untuk disatukan..
aku masih mentah dalam mengenal erti mulianya cinta..
dan belum tiba masanya menggenggam serius sebuah ikatan..
berbalik semula kepada aku yang dahulunya gentar mencuit
hati ini untuk menyelami indahnya suatu pertemuan..
pengalaman mendewasakan aku..
keperihan menguatkan aku..
umpama jatuh tersimpuhnya aku di padang oasis
sendirian menyulitkan harapan untuk tetap bertahan..
namun, untung baiknya semangat membuat aku teguh berdiri..
sekelip mata aku kini telah meninggalkan jauh dunia yang hampir2
menimbuskan aku dalam pasir kehampaan..
kekuatan yang ada berbekalkan doa harapan menjadi tombak kehidupan..
menanti keajaiban akan mewarnai hidup yang penuh kesuraman..
aku bertahan.. dan terus bertahan..
Liina Lin ** aku rasakan ada sesuatu yang Allah
rencanakan untuk aku..
AMIN~

No comments:
Post a Comment