Sunday, June 5, 2011

Bencinta

nafastari hanya dilitupi kesesakan..
amat sukar untuk bernafas tatkala rongga
dikunci kotak suaranya..
bukan lagaknya membisu..
tetapi terkelu dengan pengalaman
yang pertama kalinya dalam hidup..
jujur ingin mengaku..
serik dalam diri sudah sebati..
tiada lagi kelibat panahan hati..
tiada lagi aroma debunga yang mekar..
saki baki yang tinggal menghantui bayangan hidup..
gentar mula melangkah ke hadapan..
membuatkan berani mundur ke belakang..
percaya atau tidak itu terpulang..
kerana dalam hidup ini masing2 punya dugaan..
tak mengharapkan walau setitik pengertian..
biarlah empunya diri meneruskan kehidupan
meski dunia mengasak dengan lemparan
hujah2 sombong..
hanya bertongkatkn kayu ketabahan
mampu memapah semangat yang lemah ini..
diam sebagai membalas kata2
manusia yang sering membawa cerita..
bukan kuasa aku untuk beri balasan..
letih semangat ini untuk
menghadapi pengalaman ke2 atau seterusnya..
buat masa ini..
tiada apa yang dirancangkan..
hanya mengikut arus hidup
kerana pasrah sudah tersemat dalam diri..
mungkin tawa sinis sedang menyindir..
percayalah..
hidup umpama roda..
kadangkala kita di atas amat senang
melihat kejatuhan seseorang..
dan apabila kita di bawah..
mula katakan dunia bertindak kejam..
itulah manusia..
tabiat menuding jari menjadi hobi..
hari ini..
lidah lancang mengatakan bencinta..
lambat laun..
lidah tergeliat kerana begitu terpesona
terhadap mencinta..
tak berdalih kerana manusia
dikurniakan perasaan saling berkasih sayang..
pesanan buat diri sendiri..
impian yang dikejar ingin berbakti kepada ke2 orang tuaku 
menjadi prioriti..
impian mengejar duniawi menjadi minoriti..
mudah2 an sentiasa dilindungi
redupnya rahmat Allah..
ketenangan dan kebahagiaan akan menjengah diri ini jua..
kerana bertimbang rasa setelah melihat
lunyainya jiwa yang cuba membina
kekebalan acapkali dihambat dugaan

Liina Lin ** seterusnya langkah kaki ini
melewati jalan ke arah kejayaan yang realiti..

No comments: