Monday, June 27, 2011

Suara Kecil

tiap kata2 kedengaran sayup2 berirama..
melenggokkan nada kesunyian meluaskan kekosongan..
intonasi bicara semakin berat untuk berpetah..
nampak gayanya luahan suara kecil kini
tenggelam dek dibanjiri suara2 garau yang
sering memandang enteng..
apakan daya jika suara kecil ini
hanya berbekalkan setitis lautan ilmu
berbanding lautan pasifik..
dangkalnya akal sukar ditolak tepi..
saling berkaitan dengan peribadi diri..
suatu kelemahan sebagai cabaran..
biarkan anggapan itu meleset pabila
gemilauan cahaya gemilang bakal
menerangi aura diri..
keyakinan berpasak teguh terhadap
mustahil akan menjadi tak mustahil..
kepercayaan tersemat kukuh terhadap
keberkatan yang membawa kejayaan..
anjakan diri sudah mulai mekar seharum bunga mawar..
meskipun dihembus angin kencang
namun akar umbi bunga mawar tetap
cuba menahan dugaan..
jarang benar senyum menawan diri..
kerap benar tangis menawan diri..
di mana jua bumi berpijak
luluh itu senantiasa mengejar langkah..
nadi tersentap perih tatkala ada
yang memandang sinis..
menundukkan pandangan tanda kesendirian..
memekakkan telinga tanda tak peduli..
kadang2 terbit jua tahap rendah diri..
setakat mana mampu dicapai jika berterusan
menyisih suara kecil ini..
luahan demi luahan ditelan bulat2
kerana tiada yang menjamunya..
persepsi rendah menghanyutkan keyakinan..
meminta dibimbing menunjuk arah kesejahteraan..
sehingga kini..
antagonis sering membuli sensitifnya hati..
tidak temukan lagi erti ketenangan..
retak seribu pilu mengenangkan waktu sendirian..

Liina Lin** sampai kapan aku begini...
hati yang kosong tetap tiada isinya..

No comments: