Friday, August 12, 2011

Usia Remaja

kini tiba masanya aku mencapai tingkat usia..
selama ini aku bernafas dengan rahmat Allah..
onak dan duri telah aku lewati..
segala dugaan telah aku perangi..
matlamat hidup masih ku genggam rapi..
berharap doaku diperkenankan Ilahi..

terasa pantas masa meninggalkan aku..
terasa seperti kelmarin aku
tamat bergelar pelajar tingkatan 5 pada tahun lepas..
tahun lepas ??
wah.. !!
jangka masa yang singkat namun padat dengan dugaan..
aku terima pelbagai hadiah yang membina keyakinan..
cacian,, makian,, fitnah,, konflik,, dipulau..
aku amat hargai hadiah tersebut..
yang pastinya aku menjadi lebih matang..

berhati2 memilih apa yang terbaik..
apa yang ku rasakan selalu hanyalah
drama2 pada tahun lepas..
terimbas kembali skrip dan dialog
oleh watak2 berkenaan..
terkadang aku tersenyum..
terkadang aku sedih..
 
perkara yang berlalu..
mengapa amat payah untuk aku tinggalkan..
kedegilan yang tak bisa dihapuskan..
mungkin semua itu hanyalah sebagai
persediaan untuk aku melangkah jauh
di dunia ini..
pengalaman sebagai bekalan jalani kehidupan..

aku berasa amat bertuah..
hilangkan rasa kekesalan malah lahirkan rasa kesyukuran..
Alhamdulillah..
sudah 18 tahun aku jalani kehidupan
dengan namaku,, dan keluargaku..
cuma terasa asing pabila tarikh tahun lepas
menjadi igauan mimpi..

anggap lah apa yang berlaku hanya mimpi semata2..
aku tidak layak memiliki sesuatu
yang indah buat masa ini..
usia sudah meningkat..
semangat harus kuat..
dan kejayaan hidup harus menjadi tekad..
semoga aku berjaya mencapai matlamat..

dengan ini..
aku mengorak langkah menuju
destinasi yang terbaik untukku..
INSYAALLAH~~

Liina Lin ** hidup baru,, cara lama.. tetap sama

No comments: