Friday, October 7, 2011

Kepincangan Hati

minit2 yang berlalu pergi..
yang lepas biarkan berlalu
sama ada suka atau duka..
pastinya cabaran masa hadapan
menggugat diri..
termasuklah ruangan kecil dalam diri.
iaitu pintu hati..
tak dinafikan pintu itu sudah ramai yang mengetuk..
namun aku mendiamkan diri dan tak ingin
membukanya pun..
belum cukup hebat lagi untuk mereka
merobohkan tiang ego pintu hati..
aku tahu mereka sakit dengan ku..
tapi percayalah.
aku akan lebih sakit lagi jika
mereka sekadar ingin mengisi
kekosongan untuk sementara..
aku bukan mencari yang sementara..
aku mahu bahagia kekal abadi..
meskipun dilanda onak dan duri..
amat signifikan bagiku
untuk menentukan terbaik dalam hidupku..
aku akui hati ini sedikit goyah untuk cuba
merelakan sesuatu yang dah lama menghilang..
difikirkan semula..
aku belum bersedia meniti laluan
pelangi yang penuh fantasi..
mungkin itu semua hanya fantasi sementara..
lumrah hidup aku akan menangis
dalam pertemuan..
lumrah hidup aku akan
merana tika perpisahan.
maafkan lah hati yang ego ini..
bukan menyombong..
tapi sebenarnya aku seorang yang sangat penakut..
gentar untuk menangisi sesorang..
biarlah aku tangis hanya untuk diri sendiri..
bukan untuk orang yang dikasihi...

Liina Lin ** permanently i am still sole ~

No comments: