Thursday, May 10, 2012

pendam

aku senang melihat kebahagiaan itu diraih..
meskipun kebahagiaan itu masih belum milikku..
kerana aku teguh bersabar dan percaya..
bahawa ada sesuatu yang Allah s.w.t rencanakan
yang lebih baik untukku..
siang malam aku bersedia untuk menghadapi
cabaran hidup yang seterusnya..
ku akui hati ini ada goyah dan lemah tatkala
remuknya perasaan yang baru saja hadir..
terasa kasihan pada hati ini kerana
baru saja keluar dari kepompong ego ku..
dan kini ta bermaya untuk terbang bebas
meluahkan perasaan..
dan akhirnya aku putuskan untuk
kuburkan saja hati ini memandangkan sudah nazak..
dan akan bangkit bila sudah tiba masanya..
bohong jika aku ta pernah menangis akan hal ini..
mana mungkin aku bisa bertahan
bila hati ini dirempuh kekecewaan..
sering kali aku cuba tabahkan hati
dan memohon bantuan Ilahi..
moga2 doaku diperkenankan..
sebagai muslimah aku berpegang pada hadis ini

"orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah s.w.t. daripada orang mukmin yang lemah"
(HR. Muslim)

segala post2 yang aku pamerkan di FB sebenarnya
mahu mengingati aku yang lemah ini
dan juga saudara seislam..
kerana aku insan yang mudah lupa, alpa, lalai dan segala bagainya..
inilah inisiatif yang aku pilih
supaya aku lebih serius..
luahan ini hanya mampu tercatit oleh tulisan
tetapi tidak dihujahkan menjadi bual bicara..
aku tahu..
mungkin dengan memendam ta akan membawa penyelesaian..
tetapi aku lebih yakin lagi bahawa
dengan memendam lah perpaduan akan terjamin..
dan maruah ku juga akan terjaga..
semoga tindakan ku ini diredhai Allah s.w.t
terlintas difikiran untuk menjauhi apa yang patut dielakkan..
dengan ini dapat membantu aku untuk perlahan2 melupakan..
walau sakit sekalipun tetapi aku harus lakukan..
aku lebih mengejar ketenangan daripada perbalahan..
doaku pada yang satu..
peliharalah akhlak ku sentiasa..
lindungi aku di bawah lembayung rahmat Nya..
amin......
Liina Lin**aku sedang cuba menjauhi.....

No comments: