Monday, April 29, 2013

Tentang perasaan

Sungguh hati yang sakit aku simpan sendiri,
Cara nya sedikit sebanyak membuat ku rapuh,
Tak pernah ku diperlaku sebegini,
Apa lagi cara yang harus aku lakukan
Untuk membuat nya bahagia?
Air mata dan kata-kata yang ku ucapkan
Semuanya bagai atas angin..
Hinakah aku di mata nya?
Setiap detik aku bertemankan butir-butir air mata,
Tabahkan tiang pendirianku,
Dan percaya ini semua susah dahulu,
Senang kemudian hari..
Ya....
Aku berharap begitu..
Kata nya mahu menemani ku susah senang ku..
Benarkah?
Kata nya mahu memberiku semangat tika aku jatuh..
Benarkah?
Kata nya mahu bersama ku seumur hidup nya...
Meskipun persoalan sebelum ini tidak ditunaikan..
Namun aku berharap,
Persoalan terakhir itu akan menjadi nyata...
Apa kau mengerti ku sedih sendiri?
Sungguh aku tak minta ini semua berlaku dalam hidupku..
Banyak pengajaran yang telah aku pelajari..
Banyak pengorbanan telah ku beri..
Pernahkah dia melihat aku sebagai seorang 
Yang melengkapkan hati nya?
Selain dia..
Tiada yang lain aku dambakan..
Selain dia...
Tiada yang lain aku kejarkan..
Apakah kesempatan ini dia ambil 
Untuk mempersiakan segala
Tentang perasaaan ku..
Dia berpesan..
Perasaan ini akan membuat ku jatuh merudum..
Benar..
Tapi tidak sedikit pun kah belas kasihan
Yang perlu kau campak kan untukku?
Walau sedikit pun....
Kini ku dibiarkan sepi..
Ku redha..
Menunggu hadir nya kau untuk kembali..
Meski sakit kau balas ku..
Namun, masa tidak boleh berputar kembali..
Air mata ini bagai sia-sia..
Sedikit pun tidak dihiraukan..
Apa yang ku lakukan..
Adalah untuk terus bertahan
Dan bertahan hingga akhir hayatku.....

LIINA LIN**mengertilah tentang perasaanku.....

No comments: