Saturday, February 5, 2011

Maksiat dan Rahmat

manusia sering mengeluh nasib tentang dugaan hidup 
walau sekecil nyamuk sekalipun masih mahu merintih
lain lah kalau hadapinya dengan muhasabah diri dan bertaubat
mungkin kita alpa atau sengaja menumpulkan akal fikiran yang waras 
bahawa ujian yang datang bahana daripada
sebanyak manakah maksiat yang dilakukan

sebagai contoh ada yang meraung2
kenapa dia curang ??
kenapa dia benci aku ??
kenapa aku camni ??
kenapa itu dan ini
seperti sudah menjadi kebiasaan kita menyalahi orang lain
padahal dugaan datang atas dosa yang dilakukannya


ada satu kisah di cecorong radio di mana sepasang kekasih
memang tidak berenggang malah berasa kemesraan mereka
seolah2 dipandang sebelah mata disisi agama
walaupun menuntut di kolej pengajian islam !
mereka begitu leka hingga sanggup menggadaikan maruah islam
hanya semata nafsu duniawi

maka dengan kekuasaan Allah s.w.t
mereka terlibat dalam kemalangan dan takdir tertulis
wanita itu meninggal dunia
malah lelaki itu ditarik nikmat pancainderanya iaitu mata
dengan penuh sayu dan nafas teresak2 lelaki
itu memaculkan perkataan yang bisa mengheningkan keadaan

"berhentilah melakukan maksiat...saya sudah menerima kesannya...."

sesunggahnnya Allah maha mengetahui setiap perkara yang khafi mahupun jali
cuba bermuhasabah diri sejenak
mengapa dugaan datang bertalu2
berapa banyak maksiat pernah dilakukan

sebenarnya rezeki brgantung kepada rahmat Allah..
mari lihat kesan daripada perbuatan maksiat 
 antara digariskan oleh Ibn Qayyim 
maksiat akan..

1.menghalang ilmu memasuki dada
2.menghalang rezeki
3.menghadirkan kegelapan hati
4.melemahkan hati dan jasad
5.menghalang ketaatan
6.melemahkan jiwa
7.menyebabkan kehinaan
8.merosakkan hati dan mematikan hati
9.mendatangkan laknat Allah
10.menghalang daripada doa para rasul dan malaikat
11.menghilangkan rasa malu
12.menyebabkan Allah membiarkan dirinya
13.menghilangkan kebaikan
14.menjatuhkan darjat disisi Allah
15.memutuskan hubungannya dengan Allah

jika dugaan yang datang itu bertalu2 hanya kerana masih belum bertaubat
maka wajar lah menerima dugaan setimpal dengan maksiat yang dilakukan
rahmat dari Allah akan terputus sekiranya
berterusan melakukan maksiat
oleh itu, sebelum mengeluh nasib sedarkan diri yang sudah lama lalai
agar segera bangkit menuju kebaikan

dan selemah2 iman ialah sabar...
ya
memang mudah ungkapkan tapi sukar lakukannya
oleh sebab emosi dan nafsu marah yang memakan diri sendiri
bukan kah kita sudah sedia maklum bahawa
syaitan akan menghasut
jika adanya titian nafsu manusia
lahirnya nafsu.... maka datangnya syaitan

harus ddiingatkan bahwa nafsu itu dilahirkan oleh manusia sendiri
hanya manusia yang mampu melawan habis2an nafsu tersebut
sesungguhnya memerangi nafsu sebahagian daripada jihad
syaitan tak pernah berputus asa menyesatkan manusia

"di mana ada nafsu syahwat di situ ada highway ke neraka....."

syaitan dengan gembiranya mengalu2kan 
kedatangan penghuni2 neraka kelak
siapakah dia antara penghuni2 neraka tersebut ??
wallahuallam~

sekadar ingin menasihati diri sendri dan orang skeliling
renung2kan dan selamat beramal..... !!

Liina Lin ** memohon perlindungan dan rahmat Allah... 
 


 

No comments: