Saturday, February 5, 2011

Apabila ikhlas mula berbicara

sebagai muslim kita sudah didedahkan dan dididik
agar ikhlas dalam pekerjaan beserta nawaitu
jika ikhlas pekerjaannya maka lancarlah segala urusan
ikhlas mempunyai skop yang amat luas
ikhlas mempamerkan senyuman
ikhlas menuntut ilmu
ikhlas bersaudara
ikhlas memberi dan menerima

dalam konteks ini
ikhlas yang ingin ditegaskan ialah ikhlas dalam menempuh dugaan
apabila putus asa mulai menghampiri
peranglah ia dengan doa yang ikhlas
sebagai senjata untuk bertempur dalam medan kehidupan ini
mintalah bantuan dan merintih kepada Ilahi
agar membuka mata hati untuk ikhlas dan reda dengan dugaan
kita haruslah yakin ada hikmah disebaliknya

Allah menjanjikan ganjaran untuk hambaNya yang beriktikad
untuk memperbaiki melakukan yang makruf
yakinlah selalu..
dan apabila doa belum diprkenankan maka sabarlah
sekali lagi jangan berputus asa

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud

"doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kau tidak meminta
disegerakan pengabulannya dengan mengatakan..."aku sentiasa berdoa kepada Allah 
tetapi mengapa masih belum dikabulkan?"

oleh itu ikhlaskanlah doa yang kita mohon
moga2 Allah mendengar rintihan hambaNya yang mukhlis
mukhlis ialah manusia yang diberi taufik
untuk terus menntaati dan menuruti perintah Allah
mereka inilah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat

masalah seberat apapun tidak menjadi beban bagi mereka kerana kuasa positif
daripada sebuah keikhlasan akan menjaga diri kita daripada pelbagai masalah
Allah telah berjanji akan menjaga hambaNya yang ikhlas
seperti yang difirmankan olehNya

"ini adalah jalan yang lurus, maka kewajipan Aku-lah menjaganya.."

sering kali iman kita goyah apabila dugaan datang bertalu2 bukan ??
mohonlah hidayah dan bukan hanya merintih
membina personaliti negatif seperti bersedih,kecewa,bosan,dan kekosongan jiwa
apabila peroleh hidayah secara 'autopilot' atau aotomatiknya
individu itu akan luas pandangannya tentang qada' dan qadar
maka beruntunglah insan itu

faktor yang lain juga ialah ikhlas menerima ujian Allah
secara spesifiknya
reda
tak semua manusia mampu meredakan takdir
bibir mampu mengiakan tetapi hati menidakkan
itulah lahiriah manusia

sebagai anak yang ingin berbakti kepada orang tua kita mesti disiplinkan diri
agar tidak mudah bentak dan seterusnya jauh daripada gelaran anak derhaka
keredaan Allah terletaknya pada keredaan hati ibu bapa
tuntasnya,kita perlu ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai anak
walau sebesar hama pun pekerjaan yang disuruh
lakukan lah dengan ikhlas tanpa meminta ganjaran
InsyaAllah ganjaran Allah pula menanti

kita harrus perbetulkan nawaitu terlebih dahulu bahawa semua perkara
mesti atas mencari keredaan Allah
sebagai contoh solat didahulukan dengan niat

"sahaja aku solat fardu zohor ke atas diriku kerana Allah taala"

jika tiada niat solat maka batallah solat yang didirikan
dalam kehidupan pula harus diaplikasikan dalam pekerjaan
dengan nawaitu yang ikhlas seperti menuntut ilmu

"sahaja aku ke sekolah hari ini untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat kerana Allah taala" 

jika niat kita betul maka mindset akan bertindak mengikut niat kita

lumrah kehidupan manusia sering diuji
ada yang diuji dengan kemiskinan
ada yang diuji dngan keabnormalan fizikal
sampaikan boleh bercelaru jiwa

"kenapa begitu besar dugaan Kau bagi kepadaku ?"

sebenarnya kita harus berfikir waras dan relevan
Allah maha adil dan maha penyayang
dugaan yang diberikan tentunya tidak membebankan manusia
melainkan individu itu sendiri yang memesongkan hati ke arah keburukan
   
dan juga Allah ingin menilai sekuat mana iman dan taqwa hambaNya
untuk itu,manusia harus berjinak2 memelihara
taqwa (hubungan manusia dengan Allah )
akhlak (hubungan manusia sesama manusia )
itqan ( hubungan manusia dengan pekerjaan )

lantas,penghayatan islam yang sahih dapat diterapkan
sekiranya akhlak islamiah mampu dibentuk dalam diri mukmin sejati
secara keseluruhannya,ikhlas merangkumi pelbagai dan bermacam
aspek yang boleh dilihat

 apabila ikhlas mula berbicara...
secara tidak langsung segala pekerjaan akan dipermudahkan Allah
binalah keyakinan diri dan hasilkan output yang bernilai
setiap manusia ada nilainya cuma individu itu sendiri
yang menentukan sama ada
mewarnakan kehidupannya
atau sekadar hitam putihnya kehidupannnya

akhir kalam,ikhlas amat signifikan dalam kehidupan seharian
dan harus diverifikasikan dengan
hati yang bersifat izzah
dan menolak kepada sifat mazmumah
 InsyaAllah.. yakin boleh..

Liina Lin ** ikhlas dalam pengorbanan...
 

 


No comments: