Saturday, February 5, 2011

Menangis lagi

aku menangis bukan kerana sakitnya hati
aku menangis bukan kerana diri dipukul
aku menangis bukan kerana di marahi

aku menangis kerana mengenangkan dosa2 yang menimbun
terhadap Ilahi dan sesama manusia
bagi aku,akulah insan yang hina
kerana telah merobek hati insan yang bergelar pejuang

pejuang yang
berjuang dalam pertempuran hidup terhadap aniaya dan kehinaan
merentas lautan api yang kian membara
meskipun tubuh yang lemah dijilat bahangnya api
sanggup berenang dalam kepanasan api
demi mencari sejuknya salju di seberang sana 

aku menangis kerana gagal menemukan kebenaran
penyataan bicara yang bercanggah dan bersilang antara satu sama lain
membuatkan mataku juling memandangnya
yang sebenarnya keliru akan kebenaran sejati
atau dicemari dengan mitos semata2

dalam kegelapan ini aku masih teraba2 sendirian
akhirnya aku jatuh duduk tersimpuh
jijik dan mencebik bibirnya untuk memandang diri ini yang
suatu ketika ada gelaran "'manis'" untukku
diri ini yang pernah meragut cahaya itu

tak ku sedari cahaya itulah yang menuntun nya untuk
terus berlari dengan gembira dalam kehidupan ini
aku terlebih dahulu telah melintasinya ke hadapan
dan meninggalkan jauh ke belakang dengan memek muka hampanya

apa diri ini begitu kejam untuk diklasifikasikan ??
mengertilah aku sendiri dalam lembah yang penuh persoalan
yang hanya ingin kepastian tapi dicantas oleh pemalsuan hakikat
hakikat yang kabur untukku fahami

jujur....
aku mengerti jika berlaku jujur dan rela berkorban
kerna sedar akan diri ini yang hanya menumpang kasih 
terhadap perkara yang belum pasti

tapi diri ini pernah diberi lampu hijau
untuk segera berlari menggapai cahaya itu
ku sangkakan jernihnya hati mulia yang menyuruh ku
genggam erat cahaya itu
namun gundahnya hati itu disebalik kemuliaannya

selagi ada yang merintih keluar air mata darah sekalipun
selagi itu aku dibayangi oleh gelaran "'manis'"
yang pernah diberikan untukku


pejuang semestinya ada harapan
harapan yang masih berbaki untuk mengenal erti bahagia semula
aku relakan
dan senang melihat canda tawa memecah suasana
yang dahulunya sunyi sepi
aku relakannya
berbahagialah~

aku menangis kerana itu
aku menangis kerana ini
itu dan ini harus ku pendam dan biarkan terbuku dalam hati
ku kunci supaya tiada siapa bisa membaca rahsia hati ini

teruskanlah dengan rintihan pada yang teraniaya
kerana rintihan teraniaya itu
sedang
membunuh jiwa ini
jiwa yang terkubur dalam sebuah penganiayaan......


Liina Lin ** kenapa ??? aku betul2 tak mengerti apa yang terjadi.. sungguh ='/

No comments: