Thursday, April 7, 2011

Mungkinkah

deru angin yang dingin mengusap pipi yang kian kusam..
senja selepas rintik hujan membasahi bumi
sememangnya fenomena yang menjadi kegemaranku..

kedengaran siulan sang burung bergegas menuju ke sarangnya
untuk berteduh dimalam hari..
waktu ini aku rasakan ketenangan..

sebentar saja lagi aku bakal merenungi masa untuk matahari terbenam..
lalu hadirnya malam..
aku takut pada waktu ini..
waktu yang penuh kesunyian dan aku merasakan kekosongan..

sendirian bertemankan bulan..
bertanyakan bulan tentang khabar tapi tiada tindak balas..
wajarlah~

siapa sebenarnya aku mahu bertanya khabar..
biarlah rahsia..
tentu saja sejahtera yang aku harapkan..

mungkin juga sudah meraih bahagia..
mungkin pula serik dengan dugaan..
mungkinkah ada yang persis mempunyai persoalan yang sama..

aku kagum dengan permainan dunia yang penuh emosi..
tenggelam timbulnya hati yang membangkitkan rasa..
lantas aku tegar menghapuskan rasa itu agar hilanglah segera..

mungkin aku sudah trauma..
mungkin aku hanya berimaginasi..
ataupun mungkinkah aku tiada lagi dalam senarai teratas bagi ruangan hati..

anggapan aku saja..
aku akhiri segala kemungkinan dengan harapan..
berharap mungkin aku akan temu jalan penamat..
kesudahan yang mungin menyumbangkan senyuman..
mungkin...

Liina Lin ** jangan diketuk lagi pintu hati ini..


No comments: