ku mulakan dengan langkah kanan..
berjalan dengan keyakinan..
menepis jauh segala kecelaruan..
dan tabah hadapi dugaan..
berjalan dengan keyakinan..
menepis jauh segala kecelaruan..
dan tabah hadapi dugaan..
berulang kali merenung silam..
amat sukar untuk dipadam..
kerana jiwa yang ada semakin tenggelam..
dalam lautan hampa yang amat mendalam..
sering juga aku termangu..
membuat aku selalu terpaku..
mendengar alunan nada sinis yang berlagu..
sayu dan indahnya lagu yang mendayu..
renggangnya tali tak mampu diketatkan..
inginku tarik agar ampuh bertahan..
tapi tercabar oleh bermacam rintangan..
tiada daya lagi akhirnya aku lepaskan..
menatap perih potret yang tersemat..
apa yang tinggal kini aku genggam erat..
meskipun benci dan serik saling bersubahat..
namun rasa yang agung masih terpahat..
anggapan aku andai semakin jauh..
tentunya bahagia sudah diraih..
aku bersedia untuk pasrah..
dan berterusan untuk pergi melangkah..
mengapa aku asyik terkenang ??
arus bahagia kian menyimpang..
cukuplah semua dengan teka teki yang bercabang..
aku terperangkap dalam hati yang bersawang..
lepaskan aku andai punya hati..
jangan diusik tenangnya diri..
jauhlah sana mencari abadi..
jika itu harapan yang dinanti..
salam akhir penutup bicara..
ku kunci rapat suara yang lara..
diam itu sebagai satu cara..
terkumpul jua semangat yang membara..
Liina Lin ** di persada dunia ini aku mendongak
ke hadapan untuk teruskan
perjalanan kehidupan..
perjalanan kehidupan..
No comments:
Post a Comment