Wednesday, January 18, 2012

Selesai ~

2012 ~

angka yang baru untuk memperbaharui rutin sentimental setiap saat.
analogi-analogi yang bakal dicoretkan dalam kisah hidup ku
untuk selanjutnya bakal menjadi misteri untuk aku..
selesai sudah aku mempertahankan pendirian aku..
dan aku amat berbangga serta bersyukur kerana aku mampu
berdiri sendiri tanpa dipapah..

masa memecut pantas meninggalkan memori-memori
sebagai amaran kepada aku untuk terus maju ke hadapan..
aku terima amaran itu dengan hati yang terbuka
dan cuba mengadaptasi diri aku dengan kepelbagaian rona-rona kehidupan..

menanti pelangi yang bakal menyinari diri.. 
menunggu hujan membasahi bumi yang panas terik..
membilang hari demi hari tanpa ku sedari..
usia melangakaui raut wajahku yang masih segar remaja..
walaupun sudah diambang dewasa..

ku perhatikan mereka yang seusia dengan ku..
begitu lantang menegakkan pendapat
tentang isu munakahat..
aku amat memandang tinggi dengan keberanian mereka
untuk berangan dan bermimpi
dengan indah tentang masa depan mereka..

bagi aku ??
aku...
seorang insan yang pengecut lagi kecut
untuk memikirkan perkara sebegitu..
tanyalah dan berilah pandangan apa pun..
aku tetap tak mahu dengar akan perkara2 sebegini..

kerana bagi aku..
aku adalah aku..
dan tiada siapa akan faham melainkan aku dan Dia..
aku berhasrat tinggi untuk melihat
senyuman terukir indah di wajah kedua orang tuaku
atas kejayaan yang cemerlang dan aku mampu menjadi "orang"
suatu hari nanti...
amin ~ Insya Allah..

selesai sudah segala takungan air kesedihan..
kering kontang sudah kerana disedut sekilas pandang
senyuman yang terukir di bibir..
aku amat senang lagi tenang dengan kedamaian yang sedia ada..

masa depan menjadi misteri..
profesion apa yang bakal aku pilih menjadi misteri..
siapa yang akan aku diijab kabulkan menjadi misteri..
ajal maut juga menjadi misteri...

sesungguhnya masa lalu menjadi pengajaran
masa kini menjadi tatapan..
dan masa hadapan menjadi penantian........

Liina Lin ** dalam ta sedar........
aku sudah sedikit berubah..
Alhamdulillah ^__^v


No comments: