membuatkan aku semakin lali dengan makna kehidupan..
melihat gelagat-gelagat manusia
yang ta henti2 mengumpul amal ibadat dan ta asing juga
mereka yang ta henti2 menimbunkan dosa..
jarang aku memikirkan tentang perihal hidup aku..
terutamanya mengenai kepentingan aku sendiri..
aku terlalu sibuk memikirkan hal orang lain
sehingga terkejut sendiri bahawa masa remaja ku sudah
di hujung matahari terbenam..
tidak lama lagi akan terbit lah fajar..
melambangkan permulaan destinasi yang lebih mencabar..
dengan sikapku yang suka bersandar kepada orang lain
membuat aku terfikir sejenak..
mengapa aku jadi begini ??
sebenar dan sejujurnya..
aku tiada jawapan untuk soalan itu..
teringat aku akan satu frasa ayat ini..
''kesunyian itu suatu rahmat''
ungkapan ringkas namun amat mendalam maksudnya..
mungkin dikala waktu ini aku belum masih matang lagi
untuk membenarkan pintu hati ini diketuk..
barangkali ada yang ketuk..
namun aku belum sedia untuk itu..
mungkin aku akan dengar jika seseorang itu dengan bijaknya
menekan loceng hati ini yang selama ini aku sembunyikan..
ta perlulah mengetuk pintu hati ini kerana jika diketuk
hati ini amat sakit sekali....
menekan loceng umpama suatu perasaan yang hadir
dalam sekelip mata tanpa memaksa hati ini untuk
membuka pintu yang selama ini ku tutup rapi..
berbalik kepada tajuk post ini..
sepi bergema ~
itulah yang dapat aku huraikan tentang segala
apa yang ada diminda ini..
mungkin ada yang memahami..
dan mungkin juga ada lagi yang masih berteka-teki..
hendak ku berharap..
takut harapan ta kesampaian..
hendak ku bertanya..
takut sekali lagi aku diabaikan..
hendak ku mengelak..
semakin aku memikirkan..
terkadang aku terperasan sendiri...
bermimpi disiang hari menjelmanya seseorang
yang mampu membimbing aku ke jalan yang benar..
jalan yang diredai Ilahi..
bahagia kerana hati saling melengkapi..
sanggup membawa aku ke cahaya daripada kegelapan..
menilai aku bukan kerana jenis permata..
tetapi menilai aku kerana jenis keaslian..
semakin bahagia lagi jika bercinta selepas diijab kabulkan..
hati teruja ingin lebih mengenali pasangan..
tersemat rasa ingin lebih menghargai kehadirannya..
berani mencipta impian bersama demi mengekalkan keharmonian..
namun...
seperi yang aku nyatakan..
ini semua hanyalah bermimpi disiang hari..
hanya mampu merancang.. Allah sahaja yang menentukannya..
tetapi tidak salahkan jika aku mahu berangan indah seperti
mereka yang lain ??
ouh.. takpelah..
mungkin waktu sekarang sepi bergema
menghuraikan diri aku..
siapa tahu..
dikemudian hari sinaran cahaya pula
menerangi diri aku...
semoga sepi bergema ini akan terselit hikmah Nya..
Amiin.....
Liina Lin ** secara rahsia..
secara diam..
secara tersembunyi..
terselit rasa kesyukuran..
No comments:
Post a Comment