Friday, February 24, 2012

LEPASKAN

sering angin menyentuh pipiku tatkala aku merasakan kehilangan..
ta asing lagi hanya di ruangan ini saja aku ekspresikan
segala drama yang bermain di minda..

perkara yang ta pernah jangka akan berlaku,,
kini sedang berlaku..
payah sangat untuk aku lenturkan ego..
buat apa juga jika aku melenturkan ego ini semata2
untuk perkara yang ta perlu..

buat masa ini aku bisa bertahan lagi..
aku cukup berbangga dengan pencapaian ini..
masih mempertahankan janji yang aku sendiri tahu..
aku kini lepaskan kesenangan..
dan aku sedang kepayahan..

aku bina harapan lagi..
agar di masa depan aku temu kesenangan..
hidup ini umpama ombak yang bergelora..
air pasang surut menandakan kadang-kadang
kita berada di puncak dan sudah tentu akan
berada di bawah..

aku sangat takut untuk menerima kekecewaan..
aku sangat takut hadapi ketewasan..
adakah aku akan mengalirkan air mata kesedihan atau kegembiraan kelak ??
aku bukan ahli nujum untuk menjawab persoalan itu semua..

terasa asing pula jika menjengah ke dunia fantasi..
kerana selama ini aku berpijak di bumi yang nyata untuk sekian lamanya..
mungkin hanya sekejap saja aku biarkan diri ini diawang2 an..
sekadar untuk menyedapkan hati..
tapi aku sedar dan selalu ingat..
bahawa setiap kesenangan pasti didahului dengan kepayahan..

dalam tempoh itu juga sudah tentu ketabahan
diancam kegagalan..
pelbagai cara dilakukan untuk bangkit semula..
apa yang harus aku lakukan ialah beristiqamah
melahirkan kesabaran dalam diri..
berusaha mencapai ketenangan rohani..
dan tawakal dengan kebahagiaan yang menanti....

Liina Lin** kesenyapan hati ini ada hikmahnya ~

No comments: