Thursday, April 26, 2012

Kembalikan..

sungguh aku ingin menetapkan
pendirian namun
tak ku sangka semudah itu..
masa yang mencemburui tetap
pantas berlari meninggalkan aku sendirian..
padahal masih banyak lagi yang mahu
aku lakukan pada lewat zaman remaja ini..
jika difikirkan tidak mengapa lah..
mungkin ada terselit seribu hikmah
jika aku sentiasa berfikiran rasional..
pada masa kini,,
aku cuma perlu bersedia menghadapi
segala kemungkinan yang bakal
menjengah ketabahan hati ini kelak..
terkadang hati sering berteriak
agar kembalikan... kembalikan lah..
kembalikan masa itu kepadaku..
merayu agar jangan lah terlalu gegas meninggalkan ku..
namun aku tak mampu berbalik ke detik itu..
amat jauh jika mahu melangkah ke belakang..
seperti suram benar laluan itu
jika dibandingkan dengan luasnya laluan di hadapan ku..
semangat inkuiri ini mula menodai aku..
tetapi sebenarnya tiada apa yang perlu aku peduli..
dan aku pasrah.. sungguh aku menebalkan benteng hati ini
untuk membenarkan kepergian detik itu..
seperti kebiasaannya biarlah aku dengan hobi lama aku..
menanam perasaan demi kebaikan
dan membaja keikhlasan demi sebuah kedamaian..
dengan harapan akan berbunga lah erti pengorbanan..
andai debunga yang mekar itu layu kembali
aku tak akan pernah lemah
selagi mana akar ketabahan hati ini
sentiasa mencengkam kuat..
terdiam aku seketika memikirkan
misteri kisah perjalanan hidup ini di masa depan..
merintih bagai hati ini memohon kembalikan waktu itu..
tetapi rinthan ini sayup2 kedengaran..
sengaja begitu agar tiada orang yang tahu..


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."



**Liina Lin**

No comments: